Tuesday, December 7, 2010

SpaGhetti BolOgnesE sTORY

salam sume..

Baru-baru nie rasa nak mkn speghetti..buat la ngan ode..nyam3..

Ok meh nak share resepi spaghetti versi melayu taste..hehe tapi rasa-rasa Itali tu tetap ada.. =)
  • Spaghetti pasta (sepeket)
  • Daging lembu cincang (nak buat meatball/takpun masuk terus pun xpe ikut suke)
  • 1 biji bawang besar – dicincang halus
  • 5 biji bawang putih – dicincang halus
  • 1 tin tomato puri/ yang bes cap prego ngan kimball
  • 3 sudu lada boh
  • 4-5 tomato - didadu
  • 1 tin cendawan butang – dihiris
  • 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs (kalau xde pun xpe)
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
  • 6 biji cili api (kasi pedas skit baru tak muak)
Cara nak masak : Pasta :
  1. Rebus air dalam periuk besar biar air mendidih baru masukkan spaghetti..kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) supaya tak melekat lekat t bila dah angkat..agak-agak da lembut..angkat n toskan..
Sos Bolognese :
  1. Panaskan minyak ,masuk bawang besar dan bawang putih cincang. Jgn garing sgt, agak-agak layu skit je.
  2. Masuk cili boh..agak da garing..
  3. Masuk daging cincang. Kalau nak jadikan meatball gentel-gentel bulat2..jd la ball..
  4. Masukkan air skit..pastu masuk la cendawan yg dihiris2 tadi..
  5. Kuatkan api hingga mendidih, kacau selalu.
  6. Masukkan tomato puri dan tomato segar yang didadu2 td.
  7. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur..heee xpun agak-agak jer..
  8. Masukkan herba, garam dan gula secukup rasa.
  9. Biar mendidih lebih kurang bape minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
  10. Siap untuk dihidang!!


SpaGhetti BolOgnesE


nyummy~


nie Carbonara sos..cuma guna prego carbonara sos...letak black pepper cikit kc pedas..


2 comments:

cemomoi said...

heee ilang selera sebab tak jawab tag tu lagi... tima kasih... cam soklan spm jugak nih

RatU QaSeh said...

woit aqu nk blognese pulok...ketagih mkn spageti :p

Post a Comment