Saturday, January 22, 2011

blog

Assalamualaikum..

"Blog adalah tempat saya meluahkan, mengada2, memanja2, bercerita, dan saya sayang blog saya"

Ok
tu je nak cakap...

Selama Malam semua~

Thursday, January 20, 2011

Practical Lagi dan Lagiiii...

Assalamualaikum..

JADUAL KLINIKAL

22/1/2010 - 5/2/2010

HOSPITAL KUALA KRAI

6/2/2010 - 19/2/2010

HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II (HRPZ II)

19/2/2010 - 25/2/2010

CUTI SEMESTER

26/2/2010 - 9/3/2010

KELAS TEORI

12/3/2010 - 22/4/2010

HOSPITAL KUALA KRAI

Jadual klinikal semester ni memang la terpaksa aku ke sana ke mari..takpe2
"Pengalaman la yang banyak Mengajar"
hehe sejak bila la aku asyik nak berpujangga nie..ish sengal3..

Semoga klinikal kali nie aku tak diketuk dan dikelentong oleh pesakit2 mental, aku tak pengsan bila terima kes accident kepala putus2,tgn putus2..aku tak lemah semangat dan bermimpi pelik2 lepas balik keje..aminn

Semoga Allah melindungiku..


semester 7


Assalamualaikum semua..

Tadaa..Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 sudahh..


NURS 7112

MEDICAL SURGICAL 9

PERAWATAN MENTAL

KECEMASAN DAN TRAUMA


MPW115

PENGAJIAN ISLAM

Tu adalah subjek yang diambil bagi semester 7 tahun 3 nie..

Perawatan Mental ( Psychiatric )


Haa first dengar je psikiatrik konpem dah pikir pasal "orang giler"...kan3 belajar ilmu mental nie memang best sebab dalam sedar tak sedar semuanya orang kat dunia nie boleh jadi normal dan tak normal dalam sesuatu masa..dalam kata mudah nyer semua orang penah rasa stress,depress,riang gembira tak tentu pasal, takot pada benda2 yang tak sepatutnya..takut tinggi,takut menda keras, takut air la..trauma macam2 lagi..haa tu semua boleh jadi bila kite tak mengawal mental kite dengan baik..heh3 yeke3..beza pesakit mental dengan orang biasa macam kite orang sakit mental tu dia cuma tak dapat mengawal mental dia dengan sempurna..mereka semua tak salah..sebab diaorang sume tu sakit dan tak dijaga..bila jumpa orang sakit mental nie korek tong sampah cari makanan kite lak lari2 dari dia..aku akui aku jugak macam tu dulu..bila dah belajar..aku pikir buat pe nak lari..dia jadi macam tu sebab takde orang yg jaga..Allah yang takdirkan dia sakit mental..pe salah nya kite belikan dia makanan dan kasi kat dia kan3..mane tau satu hari kite ditakdirkan berada di tempat dia..pikir-pikirkanlah~

Kecemasan & Trauma


Memang aku akui subjek yang nie agak berat nak belajar..sebab belajar menyelamatkan nyawa orang..tindakan kite dalam beberapa saat hingga 3-4 minit sahaja untuk membantu pesakit tu bernafas semula..belajar pembahagian2 kes2 di kecemasan dalam sistem "triage"..iaitu zon hijau,kuing,merah,putih..dan yang paling best belajar pasal "post mortem" dalam kes medicolegal.."post mortem" iaitu bedah siasat..belah mayat dari kepala ke kaki untuk mendapatkan bukti dan sample2..tengok gambar pun dah seram di belah nyer orang tu macam belah ayam kuarkan satu2..pastu jahit balik..alahai..hai..hai..lemah semangat..keje2 ahli forensik, doktor dan team2 bhg kecemasan..pastu belajar jugak pasal sistem "OSCC" One Stop Crisis Centre..tempat nie ada kat bhg kecemasan jugak iaitu bagi kes2 yang melibatkan rogol,cabul,liwat,keganasan rumah tangga dan macam2 lagi kes2 yang melibatkan maruah mangsa..mangsa akan diperiksa di bilik "OSCC" nie la...bagi kes2 kematian yang "accident" body sume dah hancur2 tu pun bawak ke sini untuk diuruskan..duduk keje kat kecemasan nie memang kena "kuat semangat" nak tengok sume2 yang tak dapat dibayangkan tu...so aku kena "BERANI"..

Pengajian Islam


Semester nie kami kena belajar subjek Pengajian Islam..aku bersyukur dapat kolej nie sebab banyak subjek2 agama diajar..semester lepas2 dah belajar fiqh & ibadah,akidah dan semester nie pengajian islam yang merangkumi semuanya...kelas diajar oleh ustaz awie..ustaz zawawi namanya..best ustaz nie sebab banyak merungkai masalah2 dan soal jawab kami walaupun tak berkaitan dengan pelajaran..contohnya soal hukum rambut yang disanggul tapi bertudung, mandi wajid, soal kawin, soal hubungan dengan bukan muhrim, hukum kami sebagai nurse perempuan merawat pesakit laki2, cara2 mendidik anak2, isu akhlak, isu buang anak, cara berpakaian dan macam2 lagi..ustaz jugak tegur kami dengan gaya sindiran..banyak perkara yang kite tak sedar telah dilakukan tanpa kite sedar menda tu berdosa..contohnya hubungan laki dan perempuan "couple"..kata2 seorang sahabat tentang couple iaitu semakin mesra kite sebelum nikah semakin hambarlah hubungan kite selepas nikah..sebab kemanisan berumah tangga tu dah xde..hehe dah2 udah lari tajuk nie..ape2 pun akan aku ingat kata2 nie sampai la aku diijab kabulkan..aminn satu hari nanti...bersyukur aku berada di kolej nie..dikelilingi sahabat2 yang selalu menegur dan nasihat..Alhamdulillah~



sentiasa berusaha yer..


Monday, January 10, 2011

note

Assalamualaikum..

tAK DAPAt NAK UPDAtE BLOG

SAYA SANGAt BUSY SEKARANG

HUHUHUHU...SORI :)



Saturday, January 8, 2011

Senyum :)

Assalamualaikum..

Sahabat, bila engkau memandang segalanya dari Allah..yang menciptakan segalanya..yang menimpakan ujian..yang menyebabkan sakitnya hatimu..yang membuatmu keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu..
Pastinya akan damai hatimu kerana merasakan Allah tidak mentadbirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia..bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu..patahnya hatimu..tapi mungkin itulah yang Dia mahu..kerana Dia tahu..hati yang sebegini selalunya lebih mudah utnuk dekat dan akrab denganNya..
Ingatlah alangkah manisnya ujian Allah..lantaran Dia yang menguji kita dan Dia yang membantu kita menghadapinya..

..InsyaAllah..

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and that you’re so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can’t see which way to go

Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way

Every time you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that it’s way too late
You’re so confuse
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Oohh Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one who can show me the way

Show me the way
Show me the way
Show me the way

Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
We’ll find our way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
We’ll find our way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way


Wednesday, January 5, 2011

..esok osce...

assalamualaikum...

ESOK OSCE

DOAKAN SAYA LEH BUAT TAU

AMIN..


Tuesday, January 4, 2011

Takbur Zaman Moden

Assalamualaikum..

Artikel nie diambil dari iluvislam .. sama-sama kite share ea bagi yang ada FB,TWITTER,BLOG dan sebagai nyer..baca yep..buat renungan kite bersama.. :)


Kita selalu dengar tentang ujub. Ujub adalah suatu penyakit hati yang bermaksud takjub dengan diri sendiri. Ujub merupakan titik tolak kepada penyakit hati yang lebih besar seperti riak (menunjuk-nunjuk) dan takabbur (membesarkan diri sendiri). Sifat-sifat ini tidak layak ada pada manusia.

Hanya Allah SWT. sahaja yang layak memiliki sifat ini kerana Allah-lah yang mencipta sekalian alam dan pemilik segala kekuatan. Maka, tidak salah bagi Allah SWT. untuk merasakan diri-Nya hebat, menunjuk-nunjuk kehebatan-Nya, dan mengagungkan diri-Nya.

Manusia yang ujub merasakan dirinya hebat. Contohnya, seseorang itu berasa ujub apabila dia berdoa lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sujud lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sedekahnya lebih banyak daripada orang lain. Mudah cerita, bisikan yang terlintas di hati berbunyi seperti "Uishh... aku sujud lebih lama daripada dia...".

Perkembangan pesat teknologi di zaman ini menjadikan penyebab penyakit hati juga turut maju selaras dengan perkembangan semasa. Penyakit hati ini akan meresap bersama-sama pesakit dan mengikuti perkembangan dunia. Berikut merupakan sedikit sebanyak contoh-contoh ujub atau riak yang telah wujud di zaman moden.

1. Blog dan "Followers"
Kebiasaannya perkara ini hanya menimpa dikalangan "blogger". Mereka berisiko untuk merasa diri hebat apabila ramai peminat ataupun "followers" yang mengikuti blog mereka. Ribuan atau ratusan "followers" menyebabkan diri terasa hebat dan dikenali ramai. Tidak salah untuk kita berasa seronok dengan ramainya "followers". Tetapi seronok atas dasar apa? Seronok kerana dapat mencurahkan ilmu kepada ribuan atau ratusan "followers" atau seronok kerana melihat JUMLAH "followers" yang banyak?

2. "Like" di Facebook
Post "status" di laman sosial facebook. Ramai pula yang tekan "like". Apabila ramai yang "like", mulalah rasa diri mendapat perhatian ramai. Setiap cetusan minda yang terpapar di laman Facebook dihargai dan rasa bangga dengan apa yang telah dihasilkan. Awas! Tidak salah untuk merasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita lakukan, tapi janganlah sampai merasa riak dan berbangga dengan diri sendiri.

3. Komen di Facebook
Mungkin juga kita akan rasa teruja apabila ramai yang memberikan tindakbalas yang memberangsangkan pada "post" kita di Facebook. Apabila ramai sangat, mungkin bibit-bibit perasaan ujub akan mula lahir.

4. Komen Gambar di Facebook
Perkara ni mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila cun atau kacak, ramailah yang komen. Tidak kurang juga yang memuji. Apabila banyak sangat terima pujian, mulalah rasa semacam dan seronok dengan pujian itu. Maka, perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan.

6. Ramainya Kawan atau Peminat di Facebook
Jumlah sekali lagi memainkan peranan penting bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk berasa riak. Ramai bilangan rakan maya di facebook juga membolehkan perasaan ujub diterbitkan. Itu baru kawan, apatah lagi peminat artis yang mencecah jumlah ratusan ribu, malahan jutaan orang. Apabila ramai orang yang meminati artis tersebut, mungkin perasaan ujub akan muncul. Hati-hati!

7. Berdakwah di Facebook
Mungkin ramai kawan kita yang merapu di Facebook. Sebagai orang yang merasa dirinya wajib untuk berdakwah, maka Facebook dijadikan medan untuk berdakwah di tengah-tengah rakan Facebook yang banyak merapu. Maka, jadilah kita orang yang terpencil kerana tidak merapu sedangkan yang lain banyak yang merapu.

Apa yang dibimbangkan di sini, apabila kita berdakwah, kita turut akan berbangga dengan apa yang kita lakukan. Awas, wahai da'ie!

Jadi, berhati-hatilah dengan hati! Semoga kita dilindungi Allah daripada penyakit-penyakit hati ini. Ingatlah bahawa, setiap apa kebaikan yang kita lakukan semuanya adalah daripada Allah jua. Kita tiada hak untuk merasa ujub kerana tanpa izin-Nya ia tidak mungkin akan berlaku. Kembalilah apa jua pujian itu kepada Allah.


hati-hati dengan perasaan "ujub"


sama-sama mengingatkan..

Monday, January 3, 2011

azam tahun akhir..hehe

Assalamualaikum sume..

Macam tak sangka pejam celik pejam celik aku dah berada kat taun 3..bulan 12 nie dah nak abis..

Tahun nie plak dah pakai 3 calit..tahun nie dah nak ambik exam LJM....

...dan...

tahun nie la last year aku ngan member-member sekolej, sebilik, setoilet, sepinggan, secawan, sesudu, sebotol air, sebaju, se~...eh3 lebih-lebih lak..hehe tapi hakikat nyer camtulah kami..

Tahun akhir nie lak aku nak buat CHECKLIST sikit..hehe pe yang perlu aku capai, aku yang perlu aku pentingkan dulu, dan ape yang aku buat...meh kite share..

1. Abiskan STUDY dengan lulus cemerlang dalam exam kolej, praktikal, final osce, dan paling penting exam LJM..

2. Dapatkan DEAN LIST dan ubah cara belajar...jadi lebih serius time stdy..(tp aku nie ske men2)wuu..wuu

3. Jangan TIDO DALAM KELAS..haha tabiat aku sejak belajor kat skolah asrama berjangkit-jangkit smpai sekarang..hanya tido di kelas yg pengajar nyer sore nyer slow2 cool..penah dilembar dengan pemadam papan hitam oleh ustaz disebabkan tido dlm kelas beliau..dan tersengguk2 dlm kelas, tunduk, dan pegang pen..tu petua xnak kantoi..walaupun aku mmg ske duk kerusi depan..(T_T)

4. Tak PONTENG satu pun kelas tanpa alasan munasabah yg xleh dielakkan.

5. Capai BMI yg ideal..maksud nyer kena BERDIET..bukan sbb nak melawa ke ape..tapi berat badan kalau berlebihan dan badan tinggi ngan kolestrol n lemak..haa tu la punca2 penyakit berbahaya..sakit jantung,darah tinggi..saya nak SIHAT

6. Nak SIMPAN DUIT..klau bleh rm200 sebulan...bleh2

7. Kurangkan ONLINE..on9 hanya tuk bukak fb sekali sekala n update blog cukup la..sehari time malam je boleh on9 k...kalau cuti leh on9 lama skit..ok2 boleh2

8. Belajar lebih banyak tentang KEHIDUPAN...

9. Nak jadi seorang yang PENYABAR..dan SENYUM selalu...

10. Kena cari seseorang TEMAN a.k.a teman sepanjang hayat...hehe a.k.a lagi bakal suami a.k.a bakal my hubby a.k.a org nak jage saya..hehe untuk tahun-tahun akhir nie..t dah keje xde masa dah nak cari..keje x tentu masa..nak berdating pun x sempat..hehe dan sume orang ingat kite nie dah kawen..ishhh menyampah tul..nurse nie kalau da keje org takut nak ngorat..sbb mke mcm x kawen tgk2 da kawen pun anak 3..hahaa tu sbb ramai yg kawen awal la kot..dah tu yg single2 mingle lagi nie abis di cop sume dah kawen..adehhh...saya nak kawen..
InsyaAllah semoga Allah permudahkan semuanya.. :)

Cukup la 10 azam di tahun akhir nie..hehe leh capai ke sume nyer...
(mata aku dah kelip2 nie)


INSYAALLAH SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEMUANYA..AMIN~



senyum selalu,


Saturday, January 1, 2011

1/1/11


1 JANUARI 2011

dan

hari ini

umur saya sudah

20 tahun 10 bulan dan 2 minggu


baru aku sedar aku sudah semakin dewasa..weee (padahal)

ok2 dah2..nie muka paling boring dalam 2011..

bubye 2010..:)

p/s: semoga 2011 nie baik2 saje..aminn