Monday, September 6, 2010

home visit yang membuatkan hatiku sangat2 tersentuh..

salam kawan-kawan,

1st day in a 2nd week yang membuatkan diri hamba fenin2..hehe pagi2 lagi kiteorg da buat puan marah sebab semua di antara kitaorg tak bawak flip chart tuk wat pendidikan kesihatan..puan, kami bukan x mau bawak..tapi x tau nak buat pendidikan kesihatan tu arini..huhu :'(

oleh kerana dah tak de aktiviti kat klinik...puan ajak kami pergi melawat rumah (home visit) aku,iera ngan ili jer yang pegi..yang lain tinggal kat klinik..arini kami pergi 4 rumah ibu-ibu yang lepas bersalin..

perjalanan kami bermula dengan menaiki van yang dibawak oleh pakcik cenyum sokmo..hehe puas mencari-cari rumah..akhirnya jumpa jugak rumah ibu tersebut..kami pun naik ke rumah..dan disambut mesra oleh ibu n baby nyer pun ada..ya Allah..sangat2 menginsafkan aku..selama nie kita tengok-tengok kat bersamamu kehidupan sesetengah orang sangat susah..sekarang aku tengok sendiri depan mata..kadang-kadang aku berfikir, di dalam negara yang maju nie pun ada lagi orang yang duduk di rumah yang sangat daif..kesian sangat dengan bayi tu dan keadaan keluarga tersebut..aku hanya mampu memberikan khidmat masyarakat dan memberikan rawatan..ya Allah, aku hanya mampu berdoa semoga ada pihak yang prihatin membantu keluarga tersebut dengan memberikan mereka kehidupan yang lebih selesa..ya Allah, aku bersyukur kerana aku dibesarkan dalam keadaan yang sederhana dan merasa nikmatMu hingga ke hari ini..ya Allah, rendahkanlah hatiku semoga aku tidak berjalan dengan sombong di atas muka bumiMu ini..sesungguhnya jika aku rasa aku sangat2 susah, tidak redha dengan segala ketentuanMu dan ujianMu Kau ingatkanlah aku bahawa ada lagi yang lebih lebih lebih susah kehidupannya dariku..

walaupun kehidupan mereka susah..aku bahagia tengok anak-anaknya bermain ke sana sini..bahagia tengok kemesraan ibu ngan anak-anaknya dan kasih sayang yang ada di rumah tu..walaupun miskin tapi mereka kaya dengan kasih sayang,sopan santun dan ramah mesra..aku sangat2 terharu..cuba fikirkan kadangkala orang kaya, rumah besar,keta besar tapi rumahnya sunyi, sepi, tanpa kemesraan dan kasih sayang antara famili..ya Allah sesungguhnya aku sangat2 bersyukur aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana tetapi dididik dengan penuh kasih sayang dan kemesraan oleh mak dengan abah..kami dididik untuk berdisplin dan hormat orang tua sejak dari kecik lagi..aku ingat lagi, aku pernah marah sangat dengan abah sebab pukul aku dengan getah paip sebab aku jatuhkan adik dan adik luka..sampai esok aku tak mau cakap dengan abah..tapi abah hanya cakap "kalau anak abah pun sombong dengan abah,tu bukan anak abah" menangis aku dengar abah cakap camtu dan aku terus mintak maaf dengan abah dan janji tak buat lagi..abah senyum jer..hehe sampai sekarang aku takkan lupa kisah tu..bila dah besar baru aku tau apa yang abah buat tu sebenarnya sbb sayangkan aku..marah sbb sayang...tak mau aku jadi anak yang keras kepala dan tidak mendengar kata..tima kasih abah..tima kasih mak =)

aku selalu ingtkan diri aku..apa-apa pun yang aku buat aku takkan belakangkan keluarga aku..terutamanya lukakan hati mak dan abah..walaupun kadang-kadang mak abah tak cakap dia kecewa dengan aku, tapi aku tau mak abah menangis dalam hati..ya Allah berdosanya aku..

ya Allah home visit kali nie memang buat aku muhasabah diri aku dan sangat menginsafkan diri aku..dan semoga korang pun bersyukurlah dengan kehidupan korang sekarang kerana ada lagi yang lebih susah dari kita.. =)








0 comments:

Post a Comment