Thursday, September 30, 2010

saling memerlukan.. =)

salam sumer..

tadi bukak iluvislam jumpa artikel nie..menarik2..selamat membaca.. =)

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.

Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.

Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.

Semoga mereka tak tersalah pilih.

Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...


idaman.. (^^,)




NAK BELI HANDPHONE BARU WAHH~~

NAK!!!!

TAPI TAK DE DUIT LAGI..

HOHOHO KENA MULA..

KUMPUL DUIT

DAPATKAN HANDPHONE IDAMAN..

YAHHHH~~



Tuesday, September 28, 2010

kanak-kanak ribena..

salam..

Aish tetiba rindu kat anak-anak buah aku..heee adui rindu sangat2 dah nie...nnt tunggu mak nana cuti ujung bulan 12 nanti ea..hohoho..mak nana melanja mkn KFC k..RINDU~


...6 BOYS VS 1 GIRL...




Ahmad Danish Haiqal b. Ahmad Faris



Ahmad Daim Haiman b. Ahmad Faris



Muhammad Adam b. Rosli



Ahmad Danial Hakim b. Ahmad Faris



Muhammad Ayub b. Rosli



Muhammad Ammar b. Rosli


Nur Ai'syah b. Rosli

haha nie la budak2 nakal yang aku rindu sangat2 nak jumpa..hai bila ada pening kepala nak layan..bila xde rindu pulak..heeee

^____^

cenyum selalu~



Friday, September 24, 2010

enor & ecah birthday..

Salam..
Walaupun kiteorang sibuk nak exam pastu ada osce..kami tetap tak lupakan untuk sambut birthday kawan kami..maaf la sebab da belated pun..sebab time birthday enor & ecah sume pegi praktikal dan cuti raya aritu..so semalam baru sempat nak sambut..hehe yeeahhh walaupun exam da esok..kami tetap happy..aiyoo~~

Hehe ape-ape pun aku harap hubungan rapat kite yang bersepuluh adik beradik nie kekal sampai akhir hayat..yep aku doakan semoga kita semua berjaya dan jadi nurse yang berketerampilan..pastu sambung study ambik sampai PHD..banggakan orang tua kite ok..








p/s : cedap2..hehe




Thursday, September 23, 2010

notaku..kuih rayaku..cuppocinoku..layann~~

mood : study smbil dengar lagu aizat - sg. lui (best2)

salam sume~~

8.30 PM - study pasal IBU MENGANDUNG, KLINIK ANTENATAL,KANAK-KANAK KURANG ZAT MAKANAN..

9.30 PM - study pasal WARGA TUA..

10.00PM - break - wat air cuppocino tuk kami sebilik ( budak2 nie kata tawar skit..xkire2 aku nak gak kata rasa macam cuppocino kat starbuck (ceh pasann)..hahaa

11.30PM - sambung study balik smbil makan kuih rayer asma..ntah kuih ape..cedap gak..mkn 2 butir jer..

12.30PM - masih berangan2..sambil wat pocket notes cikit pasal IMUNISASI..ok2 sambung2..wahai mata jangan ngantuk ok...





Ya Allah, semoga kami semua berjaya dengan cemerlang..
kami semua pasti merindui Puan Norini..
Terima Kasih Puan..
Jasa dan pengorbanan puan untuk kami semua akan kami balas dengan kejayaan..
InsyaAllah Intake Jan 09 akan lulus cemerlang dalam peperiksaan LJM dan jadi jururawat yang berkualiti satu hari nanti..Amin







Wednesday, September 22, 2010

Apa bahagian tubuh yang paling penting??

Salam..arini nak share ngan korang satu cite..kebetulan tadi baca2 cerpen kat iluvislam.com aku jumpa cite nie..jom kita share =)

Ibuku selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang paling penting.

Bertahun-tahun, aku selalu meneka dengan jawapan yang aku anggap benar.

Ketika aku muda, aku fikir suara adalah yang paling penting bagi kita sebagai manusia, jadi aku jawab, "Telinga, Bu."

Jawab Ibuku, "Bukan. Ramai orang yang tuli. Tapi, teruslah memikirkannya dan aku menanyakanmu lagi nanti."

Selang beberapa tahun kemudian, dia bertanya padaku lagi. Sejak jawapan pertama, kini aku yakin jawapan kali ini pasti benar.

Jadi, kali ini aku mengatakan, "Bu, penglihatan sangat penting bagi semua orang, jadi pastilah mata kita."

Dia memandangku dan berkata, "Kamu belajar dengan cepat, tapi jawapanmu masih salah kerana ramai orang yang buta."

Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawapan baru dan dari tahun ke tahun, Ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan jawapannya selalu, "Bukan. Tapi, kamu semakin pandai dari tahun ke tahun, anakku."

Akhirnya tahun lalu, datokku meninggal. Semua keluarga bersedih. Semua menangis.

Bahkan, ayahku menangis. Aku mengingatinya kerana itulah saat kedua kalinya aku melihatnya menangis.

Ibuku memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan selamat tinggal pada datok.

Dia bertanya padaku, "Apakah kamu sudah tahu apa bahagian tubuh yang paling penting, sayang?"

Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku sering berfikir, ini hanyalah permainan antara Ibu dan aku.

Ibu melihat tanda kebingungan diraut wajahku dan memberitahu, "Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu sudah benar-benar "hidup".

Untuk semua bahagian tubuh yang kamu beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah memberitahu kamu kenapa.

Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu harus belajar pelajaran yang sangat penting."

Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh dengan airmata.

Dia berkata, "Sayangku, bahagian tubuh yang paling penting adalah bahumu."

Aku bertanya, "Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala?"

Ibu membalas, "Bukan, tapi kerana bahu dapat menahan kepala seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis.

Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk menangis.

Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan teman-teman agar kamu selalu mempunyai bahu untuk menangis bila- bila pun kamu memerlukannya."

Akhirnya, aku tahu, bahagian tubuh yang paling penting adalah tidak menjadi orang yang mementingkan diri sendiri.

Tetapi, simpati terhadap penderitaan yang dialami oleh orang lain.

Orang akan melupakan apa yang kamu katakan.

Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan.

Tetapi, orang tidak akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka bererti.

Just because the past is painful, Doesn't mean the future will be. So never let events from the past,

Change the events for future, or You will be miserable forever…


bahu yang kuat..menyokong antara kepala dan badan kite..


with smile..(^___^)


Tuesday, September 21, 2010

setadi buku ke bukumuka nie..ishhh

salam sume..

Alhamdulillah selamat berpuasa baru 1 hari dalam bulan Syawal nie.. Esok smbung lagi yokk..hehe insyaAllah..ehmm teruskan lagi study..jgn asyik study facebook jer yep mak nana yep..hehe

KENA BANYAK BACA LAGI NOTES & BUKU-BUKU

O & G

PEADIATRICS

KOMUNITI

PENGAJIAN MALAYSIA


JADUAL EXAM SAYA!!


25/09/2010


9-11.30am

O& G


3.00-5.00pm

PEADIATRICS

26/09/10

9-11.30am

KOMUNITI


3.00-5.00pm

PENGAJIAN MALAYSIA.

AJAH-AJAH FIGHTING!!! nota ngan buku yang banyak nie nak baca..hohoho CENYUMMM JE LAH.. (^____^)


Sunday, September 19, 2010

gud luck saripah!!

salam sume..harap sume semakin hari semakin ceria, semakin hari semakin syg, semakin hari semakin berubah dan semakin hari semakin bersyukur dengan nikmat Allah yang melimpah ruah nie..

EXAM

perkataan biasa bagi aku yang bernama PELAJAR
huhuhu..
bila tiba musim EXAM sume mula la menggelabah..haha biasa la baru tersedar nak setadi..baru la sibuk2 nak stay up sampai 2,3,4 pg..
aku pun tak terkecuali..
aku pun SAMA..hehe
mungkin tips2 pelajar cemerlang baca buku kena hari2..
tapi tips aku jgn baca buku selagi tak exam..hehe
apa la SARIPAH nie..
pe nak jadi la aku nie..
ingt ler..klau ko gagal ko musnahkan masa depan ko sendiri..
jangan la ko tenggelam dan layan perasaan2 ko yang pelik2 tu..
dah3..sabar yer
mungkin ada hikmah yang tersembunyi di sebalik sume yang berlaku tu..
INGAT mak abah yang x henti-henti tiap kali solat tak pernah lupa doakan ko..INGAT TU..
ko tu harapan mak abah..
yer aku kena buktikan..BUKTIKAN yang aku pun leh berjaya..
walaupun aku tak pegi belaja smpai china,india,UK,mesir..(tapi aku mmg ada cite2 nak g sna)
ok BAIKLAH..
mula belajar..
mula buka buku..
harap2 sem nie sume dpt A..
n dapat 4 flat..insyaAllah
buku n nota2 tu baca3..
doa itu senjata aku..
ciap2 untuk berjuang..

SEMANGAT..SEMANGAT..SEMANGAT



Ya Allah pemudahkan segala urusanku dunia dan akhirat..amin~


eh? ada kaitan ke nie..ske ati la tp baby nie cumil nyer..(><,)


Saturday, September 18, 2010

seminggu berhari raya..esok-esok exam pula..

SALAM LEBARAN BUAT YANG MENGENALI DIRI INI SAMA ADA YANG JAUH DI MATA ATAU YANG BERADA DI DEPAN MATA..AMPUN & MAAF DIPINTA ANDAI DIRI YANG LEMAH INI PERNAH MEMBUAT KESILAPAN..(maaf yer3)..


Sempena dengan ketibaan bulan Syawal ni memberi 1001 makna dalam hidup korang dan termasuklah aku sendiri..dan semoga ada perubahan selepas menjalani madrasah Ramadhan yang lalu..aminn :)

Hehe tahun nie meriah la jugak sebab selama 7 hari berturut2 aku kena pakai baju kurung hari-hari sebab pergi beraya dan oarang datang beraya umah aku..hehe selama 7 hari jugak la ada jer menu yang aku plan nak masak..hehe mak kata cemerlang la tahun nie..huhuhu walaupun penat masak2 dan layan tetamu yang tak henti2 tapi aku puas hati..ok jom kite share pic rayer aku..(adui balik nie exam)..huhu







beg adik sama ngan langsir umah orang..haha x tahan aku gelak..

pic rayer ode yang diambil dan diedit oleh sayer..hehe sweet x?

Monday, September 6, 2010

Kenapa saya suke SENYUM (^^,)


1. Smiling makes us attractive


We are drawn to people who smile. There is an attraction factor. We want to know a smiling person and figure out what is so good. Frowns, scowls and grimaces all push people away ,but a smile draws them in.

2.Smiling changes our mood

Next time you are feeling down, try putting on a smile. There's a good chance you mood will change for the better. Smiling can trick the body into helping you change your mood.


3. Smiling is Contagious

When someone is smiling they lighten up the room, change the moods of others, and make things happier. A smiling person brings happiness with them. Smile lots and you will draw people to you.


4. Smiling Relieves Stress

Stress can really show up in our faces. Smiling helps to prevent us from looking tired, worn down, and overwhelmed. When you are stressed, take time to put on a smile. The stress should be reduced and you'll be better able to take action.


5. Smiling Boosts Your Immune System

Smiling helps the immune system to work better. When you smile, immune function improves possibly because you are more relaxed. revent the flu and colds by smiling.


6. Smiling Lowers Your Blood Pressure

When you smile, there is a measurable reduction in your blood pressure. Give it a try if you have a blood pressure monitor at home.
Sit for a few minutes, take a reading. Then smile for a minute and take another reading while still smiling. Do you notice a difference?


7. Smiling Releases Endorphins, Natural Pain Killers and Serotonin

Studies have shown that smiling releases endorphins, natural pain killers, and serotonin. Together these three make us feel good. Smiling is a natural drug.


8. Smiling Lifts the Face and Makes You Look Younger

The muscles we use to smile lift the face, making a person appear younger. Don't go for a face lift, just try smiling your way through the day!you'll look younger and feel better.


9. Smiling Makes You Seem Successful

Smiling people appear more confident, are more likely to be promoted, and more likely to be approached. Put on a smile at meetings and appointments and people will react to you differently.


10. Smiling Helps You Stay Positive

Try this test: Smile. Now try to think of something negative without losing the smile. It's hard. When we smile our body is sending the rest of us a message that "Life is Good!" Stay away from depression, stress and worry by smiling.


( ^^,) cenyum3!! (^^,)

hehe ada iras-iras mak tak ??


home visit yang membuatkan hatiku sangat2 tersentuh..

salam kawan-kawan,

1st day in a 2nd week yang membuatkan diri hamba fenin2..hehe pagi2 lagi kiteorg da buat puan marah sebab semua di antara kitaorg tak bawak flip chart tuk wat pendidikan kesihatan..puan, kami bukan x mau bawak..tapi x tau nak buat pendidikan kesihatan tu arini..huhu :'(

oleh kerana dah tak de aktiviti kat klinik...puan ajak kami pergi melawat rumah (home visit) aku,iera ngan ili jer yang pegi..yang lain tinggal kat klinik..arini kami pergi 4 rumah ibu-ibu yang lepas bersalin..

perjalanan kami bermula dengan menaiki van yang dibawak oleh pakcik cenyum sokmo..hehe puas mencari-cari rumah..akhirnya jumpa jugak rumah ibu tersebut..kami pun naik ke rumah..dan disambut mesra oleh ibu n baby nyer pun ada..ya Allah..sangat2 menginsafkan aku..selama nie kita tengok-tengok kat bersamamu kehidupan sesetengah orang sangat susah..sekarang aku tengok sendiri depan mata..kadang-kadang aku berfikir, di dalam negara yang maju nie pun ada lagi orang yang duduk di rumah yang sangat daif..kesian sangat dengan bayi tu dan keadaan keluarga tersebut..aku hanya mampu memberikan khidmat masyarakat dan memberikan rawatan..ya Allah, aku hanya mampu berdoa semoga ada pihak yang prihatin membantu keluarga tersebut dengan memberikan mereka kehidupan yang lebih selesa..ya Allah, aku bersyukur kerana aku dibesarkan dalam keadaan yang sederhana dan merasa nikmatMu hingga ke hari ini..ya Allah, rendahkanlah hatiku semoga aku tidak berjalan dengan sombong di atas muka bumiMu ini..sesungguhnya jika aku rasa aku sangat2 susah, tidak redha dengan segala ketentuanMu dan ujianMu Kau ingatkanlah aku bahawa ada lagi yang lebih lebih lebih susah kehidupannya dariku..

walaupun kehidupan mereka susah..aku bahagia tengok anak-anaknya bermain ke sana sini..bahagia tengok kemesraan ibu ngan anak-anaknya dan kasih sayang yang ada di rumah tu..walaupun miskin tapi mereka kaya dengan kasih sayang,sopan santun dan ramah mesra..aku sangat2 terharu..cuba fikirkan kadangkala orang kaya, rumah besar,keta besar tapi rumahnya sunyi, sepi, tanpa kemesraan dan kasih sayang antara famili..ya Allah sesungguhnya aku sangat2 bersyukur aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana tetapi dididik dengan penuh kasih sayang dan kemesraan oleh mak dengan abah..kami dididik untuk berdisplin dan hormat orang tua sejak dari kecik lagi..aku ingat lagi, aku pernah marah sangat dengan abah sebab pukul aku dengan getah paip sebab aku jatuhkan adik dan adik luka..sampai esok aku tak mau cakap dengan abah..tapi abah hanya cakap "kalau anak abah pun sombong dengan abah,tu bukan anak abah" menangis aku dengar abah cakap camtu dan aku terus mintak maaf dengan abah dan janji tak buat lagi..abah senyum jer..hehe sampai sekarang aku takkan lupa kisah tu..bila dah besar baru aku tau apa yang abah buat tu sebenarnya sbb sayangkan aku..marah sbb sayang...tak mau aku jadi anak yang keras kepala dan tidak mendengar kata..tima kasih abah..tima kasih mak =)

aku selalu ingtkan diri aku..apa-apa pun yang aku buat aku takkan belakangkan keluarga aku..terutamanya lukakan hati mak dan abah..walaupun kadang-kadang mak abah tak cakap dia kecewa dengan aku, tapi aku tau mak abah menangis dalam hati..ya Allah berdosanya aku..

ya Allah home visit kali nie memang buat aku muhasabah diri aku dan sangat menginsafkan diri aku..dan semoga korang pun bersyukurlah dengan kehidupan korang sekarang kerana ada lagi yang lebih susah dari kita.. =)








Sunday, September 5, 2010

sakit kepala..huhu

sakit kepala
sakit kepala
sakit kepala

sakit kepala

sakit kepala



kenapa selalu sakit kepala nie..berdenyut2..aduhh....sabar2 yer..(T_T)




Saturday, September 4, 2010

HEALING - Sami Yusuf

salam sume...nak share ngan korang satu lagu nie...

HEALING - Sami Yusuf

It's so hard to explain

قد يصعب عليّ أن أعبر

What I'm feeling
عمّا يختلج في قلبي

But I guess it's ok
لكن اعتقادي

Cause I'll keep believing
ينبع من إيماني

There's something deep inside
هناك شيء في الأعماق

Something that's calling
ينادي

It's calling you and I
يناديني ويناديك

It's taking us up high
يرتقي بنا إلى الأعلى


CHORUS:

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
الشفاء ... قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف

A smile can change a life let's start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان

And feeling, let's start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء


VERSE 2:

Heal and you will be healed
شفاء بشفاء .. ومع كل شفاء شفاء

Break every border
اكسر القيود والحدود

Give and you will receive
اعط تُعطى .. فالعطاء يوجب عطاء

It's Nature's order
نظام كوني رباني

There is a hidden force
هناك قوى خفية

Pulling us closer
تجذب بعضنا لبعض

It's pulling you and I
تجذبني أنا وأنت

It's pulling us up high
تجذبنا للأعلى


CHORUS:

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
الشفاء ... قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف

A Smile can change a life let's start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان

And feeling, let's start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء


MIDDLE 8:

Hearts in the hand of another heart and in God's hand are all hearts
قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب

An eye takes care of another eye and from God's eye nothing hides
عين ترعى عينا .. وعين الله ترعى، و لا شيء عنه يخفى

Seek only to give and you'll receive
إسع نحوالعطاء... و ستلقى و تعطى

So, heal and you will be healed
إشف.. و سوف تشفى

OUTRO (x2):

قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب
عين ترعى عينا، وعين الله ترعى
كلمة طيبة صدقة
تبسمك لأخيك صدقه
كل معروف صدقة
اللهم اشف شفاءً لا يغادر سقماً


Lagu ini mendidik kita untuk tidak mementingkan diri sendiri, dan bersikap baik dengan semua orang kerana, 'heal and you will be healed'..suke sangat dengar lagu nie..mendidik aku supaya tidak bersikap mementingkan diri dan berbuat baik dengan sume orang..ske3..(^^,)

nie link lagu kat you tube : http://www.youtube.com/watch?v=Tug63dI4MEY


Song Name: "Healing"
Written and Produced: Sami Yusuf
Lyrics co-written: Dr. Walid Fataihi





sabarlah duhai hati...

Sabarlah duhai hati

Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.

Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.

Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.

Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.

Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.

Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.

Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti di uji.

Sekuat manakah cintamu padaNYA. sehebat manakah kasih kamu padaNYA.

Datang ujian dalam pelbagai cara. hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu padaNYA.

Andai kata kuat dan tetap hatimu padaNYA, maka bergembiralah.

Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayangNYA selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisiNYA masih lemah.

Kembalilah pada cintaNYA yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.

Sudah menjadi sunnahNYA, setiap yang bergelar mukmin pasti akan di uji.

Dari ujian itulah, DIA mencari hamba-hambanya yang benar-benar mendambakan keredhaan dariNYA.

Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?

Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.

Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.

Maka sabarlah duhai hati.

Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang pencipta,

maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.

Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.

Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadapNYA yang sudah pasti disaluti onak dan duri,

Akan didatangkan seorang yang turut sama mencintaiNYA sebagaimana dirimu juga.

Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.

Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan tuhan yang maha satu.

Maka sabarlah duhai hati.

Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.
Dia akan datang. Itu sudah pasti.

Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali DIA sang pencipta cinta itu.

Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang pencipta cinta itu sendiri.

Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dariNYA, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.


Dipetik dari :
Buat Hati yang Ketandusan Cinta
www.iluvislam.com
Oleh: namakuyana
Editor: azzahra_solehah