Bulan Zulhijjah datang dengan kelebihan dan keistimewaannya terutamanya dengan berpuasa sunat hari ‘arafah’ bagi kita yang tidak mengerjakan Haji di samping melaungkan takbir bermula pagi 9 Zulhijjah hingga berakhirnya hari ‘tasyrik’ iaitu hari ke 13 Zulhijjah. Aidiladha itu sendiri membawa maksud hari raya korban kan..di mana sepanjang hari raya sehingga berakhirnya hari tasyrik, maka kita di sunatkan untuk melakukan ibadah korban. Haa masa masa nie la kerbau, lembu, biri-biri, kambing ditumbangkan. Ibadah korban ini bertujuan memupuk semangat sanggup berkorban apa sahaja serta menghilangkan rasa terlalu sayang pada harta dan kesenangan duniawi..
Sebut tentang pengorbanan..biasanya di dahului dengan ujian atau cabaran yang menimpa seseorang. Jika ia seseorang yang beriman, maka ujian itu bertujuan untuk menguji tahap kesabaran dan keimanannya kepada Allah sehingga dia mampu lahir sebagai hamba Allah yang sentiasa redha dengan apa yang berlaku..InsyaAllah sama-sama kita berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah..
Bermulalah cerita Aidiladhaku pada tahun ini..seperti biasa bila raya menjelang ramai la nak balik kampung..dan bagi aku yang penumpang setia bas Transnasional mencari tiket nak balik kampungku di Pahang..huhu biasa bila dah carik tiket akhir2 nampak nyer takde la..huhu aku pun mengambil keputusan untuk ke KL n then esok baru balik Temerloh ngan akak aku..
Tengok!!sesak nyer mak aiiihhhh~
Perjalanan pada malam raya sangatlah sesak bak kata cikgu aku "macam ulat taik..keta2 nie"..hihi sebab banyak sangat kot..berpusu-pusu menuju Lebuh Raya Pantai Timur..aku terpaksa ambik masa selama 2 jam hanya untuk ke Tol Gombak jer..haa bayang la camne..sampai ke Genting Sempah tukar pulak..aku drive sebab abg ipar dah terlalu mengantuk..drive la aku sampai ke Tol Bentong tukar balik ngan abg ipar..huh memang penat la kalau jem..nasib baik la keta auto..kalau manual letih la aku duk maintain tukar2 gear ngan jaga handbreak je..tau2 ler jalan bukit bukau..hehe takpe2 sabor jer..berkorban sikit kan..apa salah nyer..em dalam pukul 2.30 pagi baru sampai ke rumah..penat pastu tido..
Di pagi hari raya..semua bangun siap2 mandi sunat Aidiladha dan pakai santek2 pegi solat sunat Aidiladha..pastu tengok orang sembelih lembu..tahun nie kat tempat aku 10 ekor tumbang..MERIAH!!!!..ok, jom kite share pic rayer aku..cikit jer..nie je sempat ambik..hehe
ayub ngan kak cik
ayub mke boring..kak cik lak buat comel..hehe
iekah
adik..hee comel
Tu je la pic rayer yang sempat ambik..yang balik kat umah aku,angah n family n then adik 2 orang tu..mak ngan abah pun busy arini sebab ada gotong royong kat masjid..apa2 pun raya Aidiladha nie di sambut dengan penuh kesyukuran dan gembira oleh kami sekeluarga..Alhamdulillah..
Ikhlas dari saya dan keluarga~
Dengan ini..saya mengucapkan Salam Aidiladha buat semua muslim dan muslimat..
0 comments:
Post a Comment