Monday, November 8, 2010

Mahu berjaya?

salam sahabat,

Nak share ngan korang satu tips "Rahsia Kejayaan" yang diambil dari penulis Layar Minda dan dishare dalam facebook..hehe sama2 kite kongsi.. (^^,)

“Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada ) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu” pesanan daripada Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.

Berdasarkan Hadith Nabi:

“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian hadith:

  • Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada).
  • Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah).
  • Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah.
  • Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh, tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita.
  • Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah.

Kesimpulannya:

Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari. Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya).


Situasi gambo di atas :

aku : abah, mak cepat2 posing nak amik gambo nie..

abah : jap2..ok cpt

mak : ishh toksahh lahh..

aku : hehe mak malu ler tu..(da kawen lame pun malu2 kucing bila nak ambik gambo..hehe ape la mak nie..hehe (^_~)


Ok nie doa untuk kedua ibu bapa :


p/s : Mak panggil aku NANA, tapi abah panggil NURUL..knp nurul?..x tau la npe abah je yang panggil nurul...apa2 pun nurul itu "cahaya", farhana itu pula "kebahagian"..mekasih mak abah kasi nama cedap maksud nyer..hehe

Dan satu lagi kawan2..ingatlah " berjaya mana pun kite,kaya mana pun kite tapi kalau tanpa redha ibu bapa tak de erti apa2 pun..kerana redha Allah terletak di atas keredhaan kedua ibu bapa kite"..sama-samalah kita ingat mengingati kerana kite manusia yang selalu terlupa..


Anak mak abah,


2 comments:

afifahramli said...

amin! smoge ibubapa kita dirahmati hendaknya! dikurniakan kesihatan yg sempurna :)

SHARIFAH NURUL FARHANA said...

amin..yep semoga sentiasa sihat dan tersenyum2 selalu.. =)

Post a Comment